Thursday, April 8, 2010

.zamrud kesayanganku.




dalam kebisingan tadi, aku jerit sampai ke hujung suara. itulah jeritan aku paling kuat sepanjang aku hidup. terus satu kelas diam.



'teacher cuma ada seminggu lagi di sini. lepas ni, teacher akan masuk maktab balik. teacher risau, sebab mungkin tiada guru yang akan ganti teacher ajar kelas kamu. macam mana kamu mau belajar?'

diam.

'teacher risau. kamu akan jadi macam Berlian. tiada guru. dan langsung tidak boleh jawab ujian baru-baru ni.'


diam.


teacher risau. teacher cuba ajar kamu, sampai mana yang teacher sempat sebelum teacher berhenti. tapi macamana teacher mau ajar kamu kalau kerja teacher setiap hari 'kelas, diammmm!', 'class, keep quiet!'

diam.

teacher sayang dengan kamu.

diam.

teacher ada minggu depan ja lagi untuk ajar kamu. means, ada sekali ja lagi kelas pendidikan seni dengan kamu. dan kelas english yang tidak sampai sepuluh kali.

diam.

kalau boleh teacher tidak mau marah-marah dah.

diam.

teacher cemburu dengan guru lain bila dia mengajar, kamu semua diam. sebab dia garang? kamu mahu teacher garang?

'tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak.'

teacher tidak pandai mau garang-garang ni. teacher cuma mahu kamu diam.

diam.

teacher ada seminggu ja lagi. semingguuuu ja lagi. kamu boleh janji dengan teacher?

'janjiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.'

janji dengan teacher, dalam masa seminggu ni jangan buat teacher marah.

'janjiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.'

kamu tahu kan macamana mau buat teacher tidak marah?

'diaaaaaaaaaaaaaaaaaaam.'

ya, diam.




Bercakap da tersekat-sekat. tahan airmata dari jatuh. ada seminggu lagi, tapi da bagi ucapan perpisahan siap-siap. 3 orang murid da sedut-sedut ingus. ah sudah. mereka lebih emo dari aku. cepat-cepat aku stop berucap, dan mula kelas. karang aku sambung ayat, satu kelas nangis. syahdu. lagi haru kalau aku yang nangis. kelas da senyap macam kena langgar garuda. nasib baik soalan-soalan aku dalam lesson masih dapat feedback. kalau diorang diam terus, aku jugak yang haru.


kau orang mesti tak dapat bayangkan kelas aku kan? average. kira proficiency level diorang tu mixed-abilities. ada pandai, ada yang tak berapa. 36 orang tu, ramainya yang nakal sampai berpusing kepala kau tiap kali kelas. yang kalau kau jerit kat telinga dia suruh diam, kau tarik telinga dan sideburn dia, kau lempar marker, kau pukul dia dengan buku, kau suruh dia berdiri kat belakang kelas hadap dinding dengan kaki angkat sebelah, kau suruh dia injut, kau cubit dia, kau suruh dia lari padang 3 round, dia tetap menten dengan nakal dia.



-------------------------------------------------------



epalejau :
sebelum ni, aku hari-hari mengeluh tak sabar nak abis praktikal. tapi bila da nak abis ni, tahu tak aku rela sambung praktikal aku sampai grade, berbanding terpaksa masuk maktab semula? huhu.

16 comments:

  1. huuu..gila menyentuh perasaan cita ko ni huuu..cuba bayangkan bdk2 kt tempat aku..melompat dan betepuk tangan kot rasanya bila aku berenti muhaha..

    ReplyDelete
  2. -stickynote-
    menyentuh perasaan eh?:) haha. agak la jugak kan. kalau tak, takdela diorang sedut-sedut ingus. yang boys menten tak sedut ingus, tapi tunduk diam dan tak bising sampai abis kelas..i sukeeeee!:)

    ahahahaa..aku tegelak. pijah oi, bukan takat budak-budak tu. aku siap bayangkan janet melompat dan dato tepuk tangan sekali. ngahahaha..

    ReplyDelete
  3. ya la strategi menjadik sampai aku antr surat resign akhirnya..
    tp aku gerenti yg dtg ganti aku tu kurang dari setahun akan berenti muhahaha

    ReplyDelete
  4. -stickynote-
    ko betahan lebih setahun tu pun da kira miracle. aku rasa diorang memang aim nak hire staff dan bentikan. pastu hire lagi dan bentikan. hire lagi dan bentikan. sebab? seniority beeeeeb!;p

    ReplyDelete
  5. teacher......
    saya mau berak....

    ReplyDelete
  6. -AtieAbid-
    ouh, my pupils pandai. Dia cakap 'teacher, may i go to toilet?'

    ReplyDelete
  7. -ninaneno-
    sangat besh okayyyy..

    ReplyDelete
  8. terasa pulak nak masuk maktab balik!!

    ReplyDelete
  9. -tehr-
    buleh :) dulu sebagai pelajar, lepas ni sebagai tenaga pengajar. kan? (: Insya ALLAH. amin..

    ReplyDelete
  10. sdeh nak berpisah dgn anak-anak. Aku tau cmne rasenye =(

    ReplyDelete
  11. -ARC™-
    sangat sedih. :( tak suke perasaan tu..


    -b.r.u.t.a.l.s.o.l.o-
    tauuuu dah.

    ReplyDelete
  12. syahdu oo citer epal..teringat balik ms sdeh2 bila cikgu praktikal dah nak balik maktab..isk2..masa tu bagi hadiah kotak besar tapi kat dalamnya bubuh sabun mandi je 3 ketul..hehe

    ReplyDelete
  13. -miss labi-
    syahdu memang oo time tuh. gigih tahan aermata dari jato. :)) macam-macam da epal dapat dari murid. gelang mostly. yang lain, bagi duit. haishhh.

    ReplyDelete
  14. baguslah tu, meaning that depa suka epal ngaja..meaning that u're worthy :)

    ReplyDelete

ada kata-kata? tulis saja, saya baca. :)