Friday, April 23, 2010

it's right after ur call.


entry tengah malam. sampai rumah jek tadi sakit-sakit kepala terus naik atas katil. tak ingat apa, terus tertidur. bangun, shahrul called. u still remember shahrul? my pupil.


shahrul ni kan, dia gud boy. dia besfren sama amirul. tapi in the middle of my practicum days tu, amirul pindah sekolah. sian tengok shahrul. sekali lama-lama tu shahrul get closed la sama faiz. tapi seriously, personality diorang tak sama. sebab aku tengok, shahrul sama amirul tu jenis diam-diam jek. takde nak bising dalam kelas. faiz pun sama actually. cuma bezanya, faiz suka cari gaduh. suka buat kawan-kawan dia hangin sama dia. sekali hari tu aku marah la faiz, duk hempuk-hempuk kawan dia guna buku. terus dia tersengih pegi duduk. tahu pun takut.


ada hari tu, aku tanya kenapa shahrul tak hantar dia punya activity book. shahrul cakap buku dia tak jumpa. aku tak marah. entah kenapa aku tak marah. tapi aku suruh la dia tulis dalam exercise book kan. dia okey jek. setiap hari kelas, dia tak pernah tunggu aku suruh dia tulis. aku start mengajar jek, aku tengok laju dia keluarkan exercise book dia. daripada benda tak payah tulis pun, semua dia tulis. banding dengan budak lain, naik keluar taring aku tanya mana buku, baru terkebil-kebil keluarkan dari beg.


im not going to publish muka shahrul kat sini. so anggaplah ini shahrul yang gigih dengan buku dia. okai?(:


shahrul pernah tanya aku, cikgu activitiy book saya bukan dengan cikgu ka? da cari kat rumah, tak jumpa jugak. em, aku gigih la carik kat meja aku. takde pun. kesian jugaklah kan kat shahrul, terkebil-kebil nak kena tulis sebijik-sebijik kat exercise book dia walaupun dia tak pernah merungut. sekali hari tu, aku cek kertas ujian diorang, rupanya buku shahrul terselit di antara timbunan kertas ujian tu. macamana buleh ada dalam-dalam tu pun aku taktau. bila aku pulangkan kat shahrul, dia buat muka nakal dia yang buat aku rasa macam nak cium-cium je budak tu. haha..


shahrul pernah cerita kat aku, dia dapat adik. seronok dia dapat adik. dia cakap adik da belum pandai cakap. gigi pun tak tumbuh lagi. :) so aku cakap kat shahrul, 'sayang adik eh? besh kan ada adik. teacher takde adik.' terus dia tanya aku da kawen ke belom. kahkahkah. aku cakap sudah. dah ada anak pun. 'anak teacher sama besar dengan shahrul.'


selalu before kelas aku, shahrul akan datang cari aku kat bilik guru. tolong aku angkat buku, angkat barang-barang PSV, or kalau dah takde apa sangat nak angkat, dia saja ja datang bilik guru cakap sekarang masa bahasa inggeris atau pendidikan seni. badan kecik je, tapi gigih la dia nak tolong angkat itu ini.


every week, untuk subjek pendidikan seni, aku prepare satu hadiah. hasil karya siapa paling cantik, aku akan bagi hadiah. aku tengok strategy aku tu berjaya lah jugak. budak-budak. apalah sangat yang nak memotivasikan diorang kalau bukan hadiah. memang sakan lah masing-masing nak buat habis cantek. setakat yang aku buat strategy ni, shahrul tak pernah menang. bukan tanak bagi menang, tapi memang karya dia masih ada yang lebih cantek dari tu. sekali last class of PSV, dia merajuk. aku tau, aku tengok dia memang pulun abis buat PSV dia. masa tu buat stensilan. dia tak senyum, dia cakap 'saya buat bunga cantek, cikgu tak bagi menang pun'. terus dia jalan. terkebil-kebil jugaklah, tak sempat nak pujuk. actually kan, memang cantek bunga dia buat tu. tapi ammar buat lebih cantek. adil lah kan? T_T


a week before aku abis practicum, shahrul bagi surat. sedih jugak nak baca surat dia. serius sedih. dua tiga keping surat dia bagi. paling sedih masa last day aku kat sekolah. shahrul carik aku kat bilik guru. aku keluar la, nak jumpa dia. belum sempat aku sampai kat shahrul, budak-budak lain da kerumun aku nangis-nangis. shahrul tak nangis. dia tengok je aku dari jauh. aku pun pandang je dia. dia tak senyum, terus dia jalan. out of control, aku panggil nama dia. dia menoleh la jugak. aku tanya, 'nak balik da ke?' dia angguk pelahan je. lepas tu dia jalan. without senyuman jugak. takkan nak kejar kan? berdrama la pulak aku nanti. haha.


tapi balik dari sekolah tu, buat aku rasa hilang mood. rasa macamana entah. drive balek rumah pun senyap jek. lily tegur pun aku rasa macam takde daya sangat nak jawab. aku cakap je aku sedih. dia paham la kot. sape tak paham kan, kalau tengok situasi aku before balek tu. gigih je tahan air mata. sekali sampai je rumah, tengok enset ada misscalled. tak sempat nak belek, phone ringing semula. bila aku angkat, it was shahrul! tanya-tanya kat mana, masih kat sekolah. oh God! jadi tadi dia tak balek la, kan? dia pakai phone public je. tak cakap banyak, da putus.


and, kemarin shahrul called lagi. dia tanya kalau aku ada turun sekolah amik barang PSV. takde pun. haha, jangan pulak dia angau terpandangkan cekgu dia ni. :) dan semalam tengah-tengah tidur, shahrul called lagi. aku tengok nombor public je, cepat-cepat aku angkat, hoping that was shahrul. hilang mamai-mamai aku tengah tidur. shahrul tanya, 'teacher, nanti siapa ajar kami english?' err, mana aku nak tahu kan. bila aku tanya siapa ajar diorang sekarang, dia cakap takdek. ehm, its now friday, and means da seminggu takdek guru masuk kelas diorang? tiba-tiba aku rasa macam nak nangis lagi.


lily cakap, muka shahrul sebijik macam oren. aku tak nampak pun apa yang sama antara shahrul dengan oren. tapi aku mengaku shahrul sama macam oren. suka senyum. :) tadi tengok oren masam, terus aku teringat shahrul masa last day. sama. masam macam terlupa how to smile. ):


-------------------------------------------------------------

epalejau : bukan means aku tak sayang murid aku yang lain. aku sayang izwan, zamzairi, annuar. aku sayang jennifer, shahirah, fadhilah, tarry ann. aku sayang semua.

31 comments:

  1. jap2..shahrul nie dak skola ker dah besar..;)

    wahh..dak2 skrg pat mbesar yer..nie msti kes cekgu tlalu kiyut yg mgajar..klu dlu nk tegur cekgu pun takut..hek3..

    ReplyDelete
  2. sengal tul KPM ni..
    xdak teacher xmo ambik yg ramai2 nak tu..ish..sian bdk2..(komen emo hikhik)

    ReplyDelete
  3. -Mr Rulez-
    Hehe..dak sekolah lagik, darjah 3 baru. Haha.. Dan opkosla dia lebih kiut dr cekgunya..


    -stickynote-
    Wahaha..ni kes ko emo pasai kesiankan budak atau pun pasai kesiankan diri sendiri?

    ReplyDelete
  4. ish mana ada..
    mesti la kesian kan bdk2 tu..
    di samping tu kesian la jugak kat dey all2 yg xdpt kan kekekeke..

    ReplyDelete
  5. darjah tiga? cukup matang dah tu.
    dah sampai umor pandai beremosi.
    memang patot la die macam tu.

    tp,

    aku leh bygkan gak. huk.

    ReplyDelete
  6. alahai shahrul..geram aku budak ni, comellllll je cara dia..nak cium2 gak buleh? hahahahaha :P

    ReplyDelete
  7. shahrul dah jatuh chenta ngan teacher hadra...

    ReplyDelete
  8. wow !
    really romantic lah !
    haha !

    ReplyDelete
  9. -stickynote-
    dey all kunun..bukan 'dey all'..tapi 'we all'..means 'u all'..tanak ngaku lagik tuh..


    -M. Faiz Syahmi-
    darjah 3 mana ade matang la, faiz. :)) cuma hmm, memang dia da pandaila beremosi..--- apa yang awak dapat bayangkan tu?:)


    -miss labi-
    aik, acik..epal pun tak dapat ciom die lagik tauuuuu..hahah :))


    -AtieAbid-
    oh, jatuh cinta ka itu? ngahahahaa..macam nmau jugak balas cinta dia tu buleh?:)


    -za-
    haha.. suwit kecik-kecik da pandai romantik. kan?:) kalah cekgu die.

    ReplyDelete
  10. Ngee.

    alaa kite time budak2 p0m camtu gak. cemburu sket2 :)

    ReplyDelete
  11. OMG! macam drama cinta dah! oii fenin aku bace kisah drama ni hahaha...sweet gle

    ReplyDelete
  12. dpt bygkan sorang cikgu kesayangan tinggalkan sekolah.. T.T

    ReplyDelete
  13. -miss lolly-
    haha..betul..tapi tak tunjuk pun kat cikgu kata kita cemburu..kan?:)


    -ARC-
    oh cinta? tidak. no skendel with murid. haha :)


    -M. Faiz Syahmi-
    huhu ): epal pun da pernah rasa perasaan tu. sangatlah tak besh. sian shahrul..

    ReplyDelete
  14. huk. betol.
    sygnya, aku dah lost contact ngan cekgu tu. T.T

    ReplyDelete
  15. dan yg paling x best sebab aku yg tinggalkan chekgu kesayanganku..huhuhu..

    ReplyDelete
  16. -M. Faiz Syahmi-
    ah, kenapa boleh lost contact? cuba try cari kat fesbuk. mana tahu?:) harap-harap shahrul tak lost contact dengan cikgu dia ni. :(


    -AtieAbid-
    siapa kah? ayah edi? atau kak laila? memanglah kena tinggalkan. kena masuk sekolah menengah sudah kan..

    ReplyDelete
  17. -M. Faiz Syahmi-
    but u still should try to find her/him. kan?:)


    -ninaneno-
    hehe :) aku ke shahrul yang kiut?


    -miss labi-
    eh, selagi cikgu epal tak rasmi, acik pun takleh kiss. haha..

    ReplyDelete
  18. haha..xpe kita tnya shahrul dia sudi x? kuikui

    ReplyDelete
  19. -ninaneno-
    haha :)) naseb bek kau darjah tiga shahrul..kan as?:)


    -miss labi-
    errr, tanak. nanti cikgu epal pulak jelesh kalau betul shahrul sudi..hahaha..

    ReplyDelete
  20. hahahahaha..

    tah tah shahrul pun cakap kat acik, erk ape kes ko nak cium2 aku?

    dia pun geli agaknya..ahahaha

    ReplyDelete
  21. -miss labi-

    hahahaha..shahrul yang comel takkan cakap gitu aih. takut jek dia yang pegi kiss acik dulu..hahaha :))

    ReplyDelete
  22. hahahahahaha...xpasal2 kang teacher dia pulak berdrama kat situ.."angguk pelahan je, lepas tu jalan" hahaha

    ReplyDelete
  23. -miss labi-

    hahahahahaa..sengal..memang tak daya nak angkat kepala dah la lepas tu..hahahaha..

    ReplyDelete
  24. hahahaha..lawak2..gara-gara si shahrul =P

    ReplyDelete
  25. -miss labi-
    hahaha.. shahrul. shahrul.. ni da macam cekgu da yang angau kat engkau.

    ReplyDelete
  26. epal, ko buat la buku..aku rase bole jual ceritera ko nih..

    ReplyDelete
  27. -scha-
    haha..sape nak beli scha..aku takot ko pun tak sudi nak beli. apatah lagik readers lain..huk..

    ReplyDelete

ada kata-kata? tulis saja, saya baca. :)