- kau kata kau cintakan dia. sangat cintakan dia. perkara terindah adalah bila dia terima lamaran kau. adalah bila mana kau melafazkan nikah, dan dia termasuk dalam tanggungjawab kau. amin.
- dua tahun. bahagia. kau lelaki terbaik yang pernah dia miliki. kau adalah yang terindah dalam rumah tangga yang dia diami. bila air mata dia menitis, yang kau kata 'wife saya bukan seorang yang cengeng, kan?'
- kenalkan si 'kawan'. shopping dia dengan kawan. cerita dia dengan kawan. gembira ketawa semua dengan kawan. nangis kawan itu, bahu dia jugalah yang basah memberi. kawan. kawan. kawan.
- hari jadi dia. kau kata, kau pergi dengan kawan. mencari kek yang terbaik untuk dia. konon lah kan. mesti kawan tahu apa citarasa terbaik untuk dia. dia terharu. sanggupnya kawan?
- bukak nset kau. macam-macam ayat cinta sayang rindu dari orang yang dia anggap kawan kepada kau. terkedu.

- dia jumpa kawan. peluk si kawan, dan kata 'kalau ini betul satu kesilapan, aku maafkan. aku paham, dalam kehidupan, ada benda yang kita tak faham' dengan titisan air mata. kawan? cuma diam membeku dalam dakapan.
- kau kata kau cintakan kawan. bukankah kata-kata itu pernah kau ungkapkan cuma untuk dia? kau berjanji akan tetap menyayangi dia. kau bersumpah tak akan pernah meninggalkan dia. tapi tetap kau minta untuk dia menerima kawan. dalam hidup dia. atau dengan sebetulnya, dalam hidup kau dan dia.
- dia gigih jumpa kawan. kawan kata dia tak pandai nak jaga suami? tak pandai nak jaga kau? penampar kawan telan. dia jaga kau di rumah. kawan tu jaga kau di opis? dan, ouh. kawan tu taktau erti sakit. kalau kawan rasa sakit kena penampar, dia mesti tahu rasa sakit hati dia kena guris kan? tapi tak. kawan kau belasah dia. belasah bini kau. kau?
- kau diam. kaku. tak percaya. kau kata kawan baik. tak mungkin. kawan baik? jadi dia lah yang jahat?
- 5 hari kau tak sentuh dia. tak pandang muka pun. apatah lagi mahu bersuara walau sepatah kata. dia menangis. kau kata apa? 'apasal yang cengeng sangat nangis ni?'
- dia merayu. dan akhirnya, kau cuma mengangguk, kata kau maafkan bila dia memohon. hei, dia kah yang salah?
-------------------------------------------------------------
epalejau : aku selalu nak mengeluh dengan nasib sendiri kan? sekarang tidak lagi. naseb baik aku tak kawen dengan dia lagi. kau nak buat hal sekarang, go on. kau nak blah, kau nak perempuan tu, kau boleh pergi. aku tak halang. sekurang-kurangnya kau bukan siapa-siapa untuk aku melakukan pengorbanan terbesar aku sebagai seorang perempuan.
ya betool!!!
ReplyDeleteseb baek lum kawen..
jom jamu mata jom haha..
cik epal..boleh tau mn amek ayat2 nie..klu create sndri..leyh tlg ajr tak..kita suka lar..dr dlu nk try buat..tak jadi camni..shuweet..plzz..;)
ReplyDelete-stickynote-
ReplyDeletesangat betul..dulu kunun la cita-cita nak kawen ngan die. ngahahaha..err, jamu mata apa nyer? tak paham..
-Mr Rulez-
err...errr..ayat apa? tak paham..aiyok, asik tak paham jek dari tadi. semua ayat epal jek, epal suke je nak ajar. (: tapi ayat mana, yg mr.rulez cakap shuweet tu? huhuuu..
kau kata kau cintakan dia. sangat cintakan dia. perkara terindah adalah bila dia terima lamaran kau. adalah bila mana kau melafazkan nikah, dan dia termasuk dalam tanggungjawab kau. amin.
ReplyDeleteyg antara satu nyer..i loike..blja kat mn nie..hek3..
-Mr Rulez-
ReplyDeleteerr..yang tu ker..itu macam..em, macam lahir dari hati sendiri jek tu. camana nak ajar eyh? hahaa..
emm..ayat-ayat indah camni epal takdela nak belajar secara formal kan.. (: ada takde, epal rajin belek hasil tulisan orang..
macam mr rulez..it just that, u kena banyak baca..kalau minat ayat camni, baca banyak quotes macam ni..baca tulisan-tulisan ilmiah, memang tak dapat la nak ayat berbunga macam ni. haha :))
eh mr rulez cik epalejau ni mmg jiwang..ayat2 bunga2 dia tiptop la muhaha
ReplyDeletehaha had jamu mata tgk yg ensem2..jamu mata ja la bukan nk mengedikss..
-stickynote-
ReplyDeletetu ko memuji atau mengeji tu haa? haha..
err, takmo la menggediks. jamu mata pun ai takmo. ai da ada si oren kalo takat nak cuci mata (oh, tidak.. gossip lagi). kekekeke..
tidak bukan die yg salah!!
ReplyDeleteepal de masalah la ni...tabah ye
hahaha..suka cdgn jamu mata tu..wakakaka..ape salahnye kan? huahua
ReplyDelete-ARC-
ReplyDeleteeh, itu bukan kisah epal. itu iktibar dari kisah orang lain yang dekat dengan epal. ):
-miss labi-
ngahahaaa..tak larat nak cuci mata dah aih, acik.
ohhh naseb baek xjadik kat epal
ReplyDeletei know dat feeling..
ReplyDeletewe r in d same boat..
huhu..x guna punya kwn..
nti c kawan tu akan mengadu kat kawan dia yg lain plak bila wujud "kawan" lain dalam hidup mereka mereka semua..
ReplyDeletemasa tu, apa ko rasa? oren..??
-ARC-
ReplyDeleteda jadik pun, ARC.hahaa..cuma bezanya epal tak kawen lagik.
-aLiN_aZa-
ya. itu bukan kawan. tapi lawan..kan?
-AtieAbid-
ait, oren tidak bersalah. okkkkay?:)
oh okey. tgh jiwa kacau la ni. pegi atas bukit, tgk pemandangan lg bagus la dr pikir pasal org lain =)
ReplyDelete-ARC-
ReplyDeletesangat kacau. gud idea! thanks, and i will!(:
Sebab tu lah, sebenarnya antara lelaki dan perempuan, tak boleh wujud persahabatan, nanti lain jadinya.
ReplyDeleteHubungan halal jadi berantakan sebab syaitan dok cucuk, inikan pulak hubungan tak halal... syaitan cucuk gak, dgn cara yg lain... dgn target yg lain.
Epal... doakan dari sekarang agar dapat jodoh yang faham hukum agama, dan mempraktikkannya...
Fuh... kalau kak su mula komen... panjang... ni panjang lagi ni... tapi simpan sbb takut epal dan kekawan epal boring baca bebelan kak su...
mmg epal..tension...waaaa...
ReplyDeletex guna..org kasi baik org ni amik kesempatan dlm kesempitan..huk3..
-suara-
ReplyDeletebetul kak su. epal tak penah nak tidakkan benda tu. kadang kita sedar, tapi satu pihak lagi tak tahu macamana.
Insya ALLAH, thanks kak su ingatkan. yang sebelum ini terlalu umum; yang baik agamanya. hmm, 'yang faham hukum agama, dan mempraktikkannya' kan lagi sedap bunyinya, dan lagi indah maksudnya?:)
kak su..komen la paaaaaaaanjang pun. lagi panjang, lagi epal suka. betul ni!
-aLiN_aZa-
ReplyDeletememang begitu kehidupan. hidup ni takleh nak percaya orang sangat, kan aza?