Wednesday, July 17, 2013

Yang biasa.

Mana ada. Saya bukan orang senang. Langsung tidak.


Mak ayah bukan Dato' atau Tan Sri. Bukan Pengarah syarikat atau mana-mana Manager Ladang.


Mak saya bekerja sendiri, berniaga di pasar untuk menyara adik beradik saya yang 8 orang ini. Masuk ke ladang dan kem membawa barang jualan. Kadang tinggal sehari dua hari anak-anak dirumah, andai kebetulan ladangnya jauh.


Ayah saya memandu lori mengambil sewa masuk ke ladang. Ayah saya menjual ikan dan sayur masuk ke ladang. Ayah saya menjual aiskrim dengan menaiki motorsikal.. Dan pernah ayah saya menombak kelapa sawit. Pernah ayah kerja jauh mengambil upah menebang pokok dengan chainsaw (tapi ayah jual chainsawnya bila saya sakit dan masa tu ayah tiada duit tambang pulang T_T)


Saya tak nampak kesengsaraan ibu semasa saya masih kecil. Kesengsaraan ayah yang selalu kakak abang cerita.


Tapi yang itulah saya tahu. Saya bukan berasal dari keluarga senang. Dan sekarang pun masih bukan senang.
Kalau ya, sekarang mak dan ayah tidak bekerja, itu kerana mereka sudah tua. Kerana anak-anak yang 8 orang ini cuba membalas jasa yang walau bagaimana dan apa pun yang dilakukan, tidak akan pernah mampu terbalas semua.


Kalau ada yang senang dan berjaya kerja besar gaji tinggi, itu bukan saya. Itu kakak dan abang yang hidup dalam keluarga asas mereka. Iya, bulan-bulan belanja mereka ada untuk orang tua. Untuk orang tua. Bukan untuk saya. 




Saya cuma cikgu yang makan gaji dari kerajaan yang kadang-kadang tak cukup pun sampai hujung bulan. 


Yang setiap bulan membuka buku kira-kira mahu pastikan belanja cukup untuk semuanya.


Yang cuma bawa kereta kelisa. Yang masih tinggal dengan orang tua. Yang langsung tiada harta melainkan rasa cinta. Ewahhh ;)

10 comments:

  1. saya pun bawak kelisa dan masih tinggal dengan orang tua...saya sorang lebrian kolej budget glamer sbb kuar iklan dlm berita tv3 tiap2 mlm tapi gaji saya cukup2 jer sebulan or kdg2 xcukup jugak haahahha..

    p/s nak jugak tumpang karang cerita kat komen tu ekeekkkeeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha macam di KK. Kahkahkah lawak ah ko. Ingatkan gaji pun ikut gelemer jugak macam kolej ko hihi.

      Alaaaa bukan aku laaaaaaagi selalu mengarang kat komen ko ke? Heheh..

      Delete
  2. aku dah sedih baca yang atas.tapi part tiada harta melainkan rasa cinta tu. MUNTAH SAT. hahahha


    saya lagi la... saya seorang pengganggur yang sudah berusia 28 tahun, dan xada hasil pendapatan. menyedihkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ala yun. Bagi la can sikit aku nak mengarang hehehe.. Tapi aku pn nak muntah gak bila baca ayat sendirik balik hahaha..

      Halolooooo ayat hang kat bawah tu memang menyentuh hati la yun. But atleast you are now waiting for something sure sudah bah kannnnn :(

      Delete
  3. Alhamdulillah..mintak diaminkan kalo katanya kita senang..

    ReplyDelete
  4. Cintaku bukan cinta biasa hehehehehe

    ReplyDelete
  5. yg masih tgl ngn org tua yg langsung tiada harta melainkan rasa cinta..

    kita kawen nak...kih2

    ReplyDelete
  6. waaaaaaaaah nak pndai eja CHAINSAW skg.. hihiiii

    ReplyDelete
  7. :) kita punya rasa yang sama .. err

    ReplyDelete
  8. bukan!! aku juga bukan orang senang.bukan anak dato.tapi d jaga oleh atuk sedari kecil..hihi..

    Salam kenal. 1st time singgah :)

    ReplyDelete

ada kata-kata? tulis saja, saya baca. :)