Monday, March 31, 2014

You'll Always Be In Our Pray, Sayang.




Sedih. 


1) First time jumpa arwah masa temankan boyfriend ambil kakak dia and her daughter, dan adik perempuan dia (arwah) dekat airport. Then lepas ambil tu, kitorang terus gi makan-makan kat Old Town.


Ada la sikit sesi perkenalan dengan bakal ipar. They asked me about the preparation of the wedding. Bila dan dimana. Hantaran. Tema. Dan lain-lain.


Benda pertama sekali terfikir bila nampak arwah, hati dah cakap; sebijik ngan muka mak diorang. Yep. Sangat. 


2) And the second time jumpa masa temankan kakak dia bawak anak perempuan dia gi Fun Fair. Masa tu arwah teringin sangat naik satu game ni, dia sama macam kat Genting, yang sampan-sampan, and dia terhayun-hayun naik turun macam buaian tu.


Aku dah gigil masa dia ajak. Sekali dah naik aritu dengan encik boyfriend, dah kejang satu badan. Tapi bila dia teringin tu, kesian la pulak kan. Pergilah teman. 


Sampan goyang jer, arwah jerit kesukaan. Melambai-lambai ke bawah, lambai kakak abang dan anak buah perempuan dia. I dah kejang untuk kedua kali. Lambai kejap-kejap je nak tunjuk macho.


She was a happy girl. Tapi bila sembang dengan adik beradik dia yang lain, semua cakap tak dia tak macam tu. Dia tak banyak cakap dan attitude dia more to Islamic ways. I tak tahu lah kan. Sebab itulah first time I jumpa dia.


3) Third, I baked cake untuk anak perempuan kakak diorang, Peah si becok. Dah habis celebrate bagai dah kenyang sembang-sembang kejap, then hujan lebat petir guruh kilat and tetiber mati lampu. So I dan mereka satu family terbaring-baring kat ruang tamu sementara tunggu lampu hidup balik.


Tengah baring-baring, I baring sebelah arwah when her mom said; Eh? Si hadra mana? Awassss. Jangan baring dekat-dekat. (Refer to boyfriend lah kan). So arwah pun gelak2 la defend I kata I baring dengan dia. 


4) And the last time I tengok arwah semasa hayatnya, when I sent them to the airport semula. Boyfriend kerja, so I yang hantar diorang ke airport nak balik ke KL, kerja sana. 


The only memory I have with arwah. Sebelum I tengok dia terbujur kaku last Saturday.


Arwah meninggal Jumaat subuh, kanser rahim. No one in the family even know about her pain sehingga lah Khamis tu, diorang dapat panggilan telefon bagitau arwah nak kena operate. Since dah malam, planned nak fly ke sana next flight awal pagi esok tu. 


Tapi subuh tu dorang dikhabarkan arwah dah tiada. :'(


Sedih. 


Kepulangan arwah sebagai jenazah. Tears.


Tak mampu tahan airmata yang jatuh bila penutup keranda dibuka. Tak mampu tahan bila melihat arwah dalam kain putih. Dan lebih tak mampu tahan airmata bila melihat arwah di dalam liang lahad. 


Ya ALLAH. 

2 comments:

  1. Inalillah..semoga adik faeza ditempatkan dengan org yg beriman..alfatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaALLAH. Semoga dilapangkan kubur arwah, dipermudahkan perjalanannya ke syurga ALLAH.

      Delete

ada kata-kata? tulis saja, saya baca. :)