Dia soft spoken guy. Lembut je kalau bercakap. Takat bercakap dengan aku, ampunla nak dengar dia tinggi suara. Paling pun pernah tengok dia marah, marah budak hipsy tu. Tu pun sebab hipsy dah tahap dewa punya kurang ajar, yang kalau kena dengan aku, maybe dah makan penampar free.First masuk mengajar, lapor diri sini, ingatkan dia ni cina mana la sesat. Tapi nama melayu. Cakap semua bunyik melayu. Sekali Kak Aiza cakap, 'kau jangann, tu ustad tu.' Ohhh..
Posting, meja duduk sebelah-sebelah. Tapi tak bercakap apa pun. Dia sikit punya pemalu. Nak dengar dia bebunyik tu, alahai.. Tup-tup sekali tu, 'cikgu, saya tengah latih budak untuk persembahan. kalau cikgu tidak kisah, cikgu datang la tengok.'
Ustad? Persembahan? Masa tu pikir ni kalau bukan nasyid, kompang ke hape. Tanya la, 'persembahan apa?' Sekali ha kauu. 'menari?' HAHAHA. Terkedu aku..
'Saya mana pandai menari, ustad.' Serius tak tipu. Badan aku, kayu paya bakau tu pun lagi lembut. 'tidak apa. cikgu boleh datang ja tengok. mana tau cikgu ada idea atau apa-apa kan, boleh la share nanti.' Aku masa tu, sebagai guru baru pun, baiklah menurut perintah.
Dan disitulah. Mulanyaa. Masa latihan persembahan budak menari, ampun la kau segan nak mengatur budak-budak. Paling-paling pun, aku sebut je buat macam ni buat macam tu. Tapi berdiri bukan main lagi tegak mengalahkan nyanyi lagu Negaraku. Tak tega betul aku nak menari depan ustad. Haha.
Sekali, dua kali latihan. Masih malu-malu. Tiga empat kali, aku tengok ustad tu dah join budak-budak menari. Sekali dia yang buat gerak gaya. Tersipu-sipu jugak la mula-mula. Budak-budak pun ketawa tak ingat dunia. Aku pulak ditarik mereka suruh buat sama.
Tahun depannya, dia dapat offer tukar meja. Lagi luas, share dua orang meja j-QAF. Siap angkut barang-barang, aku keluar kelas tengok-tengok meja dia dah kosong bersih. Merajuk la aku tamau kawan dah. Nanti nak mengumpat dengan siapa dah. Tengok-tengok esok pagi sampai sekolah masuk bilik guru, meja dia penuh dengan harta benda dan dia tak jadi pindah meja. Senyum-senyum la aku dengan Kak Linda. :)
Dulu, pegi sekolah, masuk ladang dengan ustajah. Ustajah pulang, aku stay kat ladang ada latihan dan kelas malam. Aku duduk la diam-diam tanpa kereta. Ada apa-apa, nak pergi mana-mana pinjam kereta dia. Kereta si ustad yang macam muka cina. Kembara warna merah. Nasib baik auto. Dia skit punya tak heran tak takut aku bawa kereta dia kemana-mana. Lebih-lebih lagi masa latihan bola tampar aritu. Dah macam kereta sendiri aku buat kereta dia.
Ingat lagi haritu, planned nak bake cheese cake. Dia dengar dan dia kata dia nak rasa. Bagi la satu slice, masuk dalam tupperware besoknya. Then letak atas meja dia sebelum aku keluar bawa lebihnya ke kantin untuk makan dengan cekgu-cekgi lain. Tengah-tengah makan, Kak Maya cakap 'sedapnyaa. eh kau tak makan ka?' si ustad senyum, mulut aku terlepas cakap la pulak, 'ustad punya ada saya taruk di atas meja ustad ya..' then Kak Maya macam, 'eh apasal dia punya sepesel pulak siap letas atas meja? kami punya apasal share sama-sama?'
Aku dah macam eh eh aku silap cakap ka? ustad pandang aku, aku pandang dia. Then Kak Maya buat kesimpulan sendiri, 'Oh.. Ustad bayar Hadra ka, order dengan dia?' Ustad tekebil-kebil, aku yang laju 'haaa.. betul.' Sambil sengih kuda.
Pernah pulak, lama dah jadi. Ustad tengah buat ujian apa di meja kantin sekolah. Tahun lepas punya cerita. Ohhh dia buat ujian lisan. Aku tengah sakit hati baru keluar dari bilik si katek, jalan hentak-hentak kaki pegi kantin. Dia dari jauh tanya kenapa. Aku duduk depan dia satu meja, terus cakap 'si katek!' Dia macam 'Ohh, kenapa dengan dia?' Aku lupa dia ustad, aku selamba jawab, 'Babi!' opssss! Dia macam, 'Err.. Ndapa. Ndapa. Nahh, ni ubi rebus. Makan dulu. Makan..' Masa tu aku baru sedar eh eh alamak ustad. Terus aku ketawa.
Tiap kali aku bawak budak pertandingan apa-apa, bola tampar ka, acara padang ka, perbarisan ka, bercerita ka, action song ka, apa-apa saja. Tak pernah dia lupa tanya khabar berita. Budak macamana? Dorang perform okay ka? Dapat tempat juga ka? Nombor berapa? Blabla.
Dia yang remind aku apa-apa pasal Guru Media tahun lepas-lepas. Dia yang bagitau aku pasal bebijik-bijik fail yang kena settle up. Dia yang ingatkan aku pasal SBOA yang kena buat siap-siap. Dia yang selalu tanya pasal aku punya kertas soalan untuk periksa dah buat belum. Dah siap belum. Dah isi SAPS ke belum. Dah boleh login SPPBS ke belum. Dah hantar RPH ke belum. Dia semua.
Kalau meeting. Duduk depan belakang kalau bukan sebelah-sebelah. Tulis nota-nota pass-pass bawah meja, ini tak puas hati itu tak suka. Tapi dalam nota jela paling kuat nak bersuara pun. Dalam mesyuarat dah bukak suara, semua orang tak respond apa. Macam kau tak cakap apa-apa. Paling tak leh lupa, lepas tulis ini tak suka, itu takleh blah, keluar meeting macam takda apa-apa. Kejap lepas tu dia talipon. Tanya cikgu ada mana? Ingatkan kenapa, rupanya dia nak tanya kertas hijau kita punya nota tu letak mana? Jangan lupa habiskan bukti yang ada. Takut nanti orang baca. HAHAHA.
Belum campur pasal aku punya kelas malam yang aku kena buat kat ladang. Siap dalam surat rasmi untuk ibu-bapa tulis, murid lelaki tidur rumah dia. Walaupun dia ajar Bahasa Arab takde kena mengena lah dengan kelas aku. Sebab nanti takmau ada ibu bapa tanya, anak lelaki aku tinggal rumah teacherrrrrrrrrr??! Walaupun sudahnya kadang-kadang budak-budak tu ujung-ujung tetap nak stay rumah aku nak jugak nak jugak nak jugak. Naseb baek belum sunat. Eh maksud aku budak-budak tu T_T
Tahun lepas, mana ada orang nak celen aku pun. Kelas aku lah paling cantik, kalau bukan dia punya pasal. Ccis!! Menyampah betul bila perhimpunan diumumkan kelas 5 Amanah nombor dua, kelas dia 3 Amanah nombor satu. Ah i hetyu. Aihetyu. Dah la suka menyakitkan hati tiap kali dia menang. Menang macam lah dapat duit tiga juta.
Baru-baru ni masa sambutan Hari Guru 2012, kena tukar-tukar hadiah dengan guru. Cabut nama sorang-sorang, dan serpraisssss belikan hadiah. Bangga je dia dapat nama aku, sekali kantoi budak-budak tau ternampak cebisan kertas yang dia cabut. Terus cabutan tu batal. Kena cabut lain. Sabar ajelah. Sudahnya, dia dapat nama cekgu lain, aku disuruhnya belikan hadiah. 'Belikan ja apa-apa. Tudung ka. Yang dia suka la. Nanti aku bagi duit berapa. Aku nda pandai la belikan barang untuk pempuan ni.' Hahaha.
Tahun ni konon-konon dah bincang dengan ustad sebelum cuti sekolah aritu. Nanti ada majlis nak bagi budak menari lagu "Hoore-Hoore". Siap plan itu ini, nak buat Choral Speaking dalam Bahasa Arab.
Tapi konon jelah.
Malam-malam lepas cuti sekolah, dapat mesej.
Terus aku huwaaaaaa menitik airmata. Berbalas-balas mesej, hujung-hujung tu ada dia cakap..
"Jgnlah sedih cikgu.. Nanti kita jumpa lagi.." Mana sama! "Nda apa cikgu.. Sya pun sedih, nanti sya tmbah nangis waktu disana ni buka sekolah."
Bukak sekolah nanti aku nak bawak satu kotak tisu PREMIER.

alololo...
ReplyDeletetapi betulkan...
to seperate dengan someone yg sgt dekat dengan kita, rasa dia memang sangat hampeh...
tak suka...
bertabahlah...
at least masih satu negeri yang samakan...
:)
betul.. ):
Deletepadahal dah memang tahu dan dah memang rasa..
dia mesti dapat pindah punya..
tapi bila benda dah nyata,
rasa macam takleh terima ):
satu negeri, tapi jarak macam dua negeri yang tak sama.. ):
adoiii... tak bestnya hilang membe bergosip :(
ReplyDeletesangat tak best. gossip ngan orang lain tak sama macam gosip dengan ustad. haha..
Deletealaaa sedihnya..acik paling sedih kalau kawan baik kita yg sentiasa ada di kala memerlukan tu kena pindah..kalau kita yg tinggalkan rasa sedih tu tak la sangat, ni dia yang pegi memang rasa nak ikat2 je.. sobs..
ReplyDeletenanti bawak kotak tisu sambil merenung tempat ustad la kan..huuuu
tu lahh.. ustad sedih nak pergi.. tapi kita yang ditinggalkan ni berganda sedihnya ): ikat-ikat dia kat tempat dia boleh tak? lepas ni, termenung je hadap tempat dia.
Deletelepas ni nak pindah meja. duduk meja ustad.. ): memang selama ni pun selaluuuuuuuuuuuuuu lepak meja ustad, espeseli bila meja sendiri dah overload. uhuhuu..
auwww duduk meja ustad. nanti asik menggamit kenangan je :)
Deleteacik kalau suka orang tu kan, barang2 dia guna semua nak simpan / guna macam hak kita (bila dia dah jauh) hehehe
Kenangan banyak sangat, acik. Tak habis tulis kat entry, duk menung-menung ajela kat meja menggamit kenangan. ):
DeleteDia tak jauh pun, memang barang dia semua macam barang aku kalau aku pakai. Hahahahahaa.. Dan dia macam ala ala redha ajeee takpe takpe pakai lah T_T
aiyoooooo xbestnya geng dah xdak..aku pernah rasa masa geng2 sengal aku kat sini berenti keja tempat lain..tingal aku jer tak berenti2..
ReplyDeletekannn.. aku rasa sama kot perasaan ko masa cik mad tinggalkan ko kat situ. huhuuuuu.. sedih rasa macam nak nangis. tapi eh eh. aku dah termenangis pun ):
DeleteChopppp..nad missing something ke ni? Nape xpenah tau citer ustad ni?
ReplyDeleteMasa baca entri epal, rasa mcm awwww..epal dh ada someone.. Tiba2 baca komen, oh rakan rapat rupanya.
Takpe, moga jumpa lagi dgn ustad!
Chopppp! Mana de missing apa-apa :) Epal pun memang tak penah kott tulis pasal ustad kat blog..
DeleteAwwww! Ustad da kawen. Tolongggggg! Hahahaa..
Jumpa tu insyaALLAH. Tapi tak sama dah la nak ngumpat sama-sama kann.. Lepas ni kena berdiri atas kaki sendiri jela kat ladang ):
Da kawen??? :( Frust!
DeleteHahaha, lawak ah nad ni :))
Delete