Friday, December 2, 2011

.dalam satu petang.

keluar pun dah jam 2:30 p.m., memang berdoa la semua sempat siap. dah tau mau deal dengan pejabat kerajaan, punya lidut besiap.


terus pegi JPN. setel masalah MyCard. serious, masalah maikad ni menimbulkan macam-macam masalah lain. mau buat itu ini pun harap maikad. semua mau pakai dia punya cip. pegi CIMB, dia cakap cip problem. pegi KWSP, cip problem. pegi Maybank, cip problem.





di JPN, baru je ambil nombor. tau kan? yang kau tekan nombor, dan paper keluar. ala, yang biasa di mana-mana agensi lah. keluar ja kertas tu, aku belum sempat baca lagi nombor tu berapa, terus kena panggil. aku tengok number digital yang sebut nombor tu, aku tengok nombor aku. aik? dah kena panggil? haha. pegi duduk, bagitau pasal masalah cip. then dia terus tanya, 'mau buat baru hari ni?' aku pun macam, err boleh ka? dia terus, boooooooooleh! haha. comel.


then pegi car wash depan masjid. hantar moomoo pegi cuci, then jalan kaki pegi maybank. mak aih. punyala dia punya line tu sampai ke parking orang queue. tebatal niat mau draw duit dekat atm. hmm..


ngam la kan, balai polis seberang jalan tu je. so pegi la buat report buku bank ilang. start dari pacik polis kat gate, sampai la yang entertain aku kat kaunter, semuaaaaaaaa baek. pacik polis kat kaunter tu, mula-mula dia minta ic dan aku jawab tiada, 'err, tadi encik polis dekat gate suruh tinggal ic di sana.' hee sengih. dia macam jeling-jeling, terus aku ingatkan dia ni poyo la kan. epal, don't judge book by its cover! dia bukan jeling pun, dia tekebil-kebil pikir mau buat camana. :)


cuma yang nda best dekat balai polis ni, masa mau bayar. kena pula dalam purse ada note RM50 ja. kau mau bayar RM2, then kau hulur note 50 (hehe, teringat kisah ahmed), memang la siapa mau layan kan. dia suruh tukar duit kecik then datang balik. aku keluar-keluar pegi pintu utama, pacik polis kat kaunter tadi panggil tanya kenapa, sebab dia nampak aku macam tekebil-kebil.


'err, encik. di sini ada kantin ka ah? saya mau pi tukar duit. ndada diaorang punya balance ni.' sambil tayang note 50 tadi. pacik polis tu macam jeling-jeling lagi, which is sebenarnya his way of thinking, 'ba sini. ada kali ni duit kecilku.' terus aku heeeeee sengih suka lagi sekali.


then lepas keluar dari balai polis, lari pegi maybank. masa tu dah 3:50pm. memang redah dan redha la kan kalau da tak sempat apa-apa pun ;) but then, setel proses buat buku dan kad baru. buku aku entah letak mana. i know i misplaced it somewhere. malas mau carik. eh, pembetulan. dah cari dan tak jumpa. so malas mau pikir. buat baru lagi bagus. kad tu pula, memang belum tukar-tukar lagi versi pak kaduk punya kad. so BSN pun macam taknak terima MEPS kad tu dah. cit! dah la kunak ni harap ada maybank dan bsn jek.


balek, terus jalan kaki lagi pegi carwash. teka bayar berapa. teka. teka. RM4. hahahaha! serious bah? aku macam, RM4? kalah cuci rambut oo. cuci rambut di salun pun paling murah aku penah dapat RM6..

6 comments:

  1. RM4??

    wey aku cuci moto pong kene RM5 kot...

    ReplyDelete
  2. untungla terus pangil lepas amek no.aku aritu g buat sbb cip problem kan siap leh kuar setel hal lain lu baru sampai no aku tuh..

    cuci keta rm4??perghhhhh sini 8 hinggit murah2 pon..

    ReplyDelete
  3. :: aslina ::
    momoo aku lebih kecik dari johny ko kot.. hehe ;)


    :: stickynote ::
    itulaa..semua macam smooth je kemarin. buat apa pun kejap je :) alhamdulillah hehe.. first time aku cuci momoo tu sama la, RM8..masa tu kat keningau. as i said jugak, ni paling murah aku penah dapat sampai RM4..hehe..

    ReplyDelete
  4. haha... takpe... taon depan jonny bakal ade teman baru...

    *gigih kumpul duit nih*

    ReplyDelete
  5. seriously MyCard chip problem mmg menyusahkan hidup T T

    kat sini carwash paling murah rm8 inside out. kira ok la xde la berkilat tapi bersih sedap mata memandang.. haihaiahai

    ReplyDelete
  6. :: aslina ::
    waaaaaaaaaah, nak beli keta ke? beli jangan tak beli. then parking jangan merata, takut keta ko pulak kena calar. haha!


    :: miss labi ::
    kannn.. pegi semua bila mintak IC, mesti tak dapat proceed apa-apa pun. semua pun takleh buat. mujur ada lesen. so bleh guna lesen mandu untuk amek data.

    kan, acik. da la murah, bersih lagi. selalu bayar RM6, tapi mesti ada yang tak puas ati. itu tak bersih ini masih kotor. hurgh!

    ReplyDelete

ada kata-kata? tulis saja, saya baca. :)