Wednesday, November 30, 2011

.kuatkan dia, ya tuhan.

kuatkan bapak untuk melawan semua rasa sakit itu. permudahkan urusan bapak sepanjang rawatan. semoga bapak sembuh, ya ALLAH. semoga semuanya baik-baik sahaja untuk bapak. AMIN.


dalam minggu lepas camtu, tak ingat bila. yang ingat, time tu harimau muda kalahkan garuda. berapa hb tu ah?


bapak baru balik dari kampung. eksaited la kan pegi sambut bapak depan pintu. sekali tengok pacik dan macik (adik-adik bapak) tengah papah bapak masuk rumah.



[ masa ni ambil gambar dengan bapak. 'pak, pak. ambil gambar.' snap! sekali tengok gambar, scary okay! kenapa? sebab tiba-tiba ada makhluk sebelah kiri aku. bapak tanya, 'mana gambar tadi? tengok?' bila aku tunjuk, bapak macam 'eh bukan gambar ni. gambar yang baru kejap tadi tangkap.' eh yang ni la. bapak dengan bukan bukan bukan. yang gambar kita dua tu. ini tiga orang. hahahahahahaha. memang kita dua ja pak. saturang ni bunian. hahahahahahaha. ]



kaki dan tangan bapak langsung tak dapat gerak. aku masa tu memang fikir bukan-bukan dah. dulu, 6 tahun lepas, masa bapak kena stroke jantung, i was not here. teringat aku menangis-nangis merajuk-rajuk sebab family langsung tak gitau aku pasal bapak masuk ICU.


aku taktau macamana keadaan bapak masa tu. dan sekarang bila benda tu jadi depan mata, for GOD's sake, aku tak ready. aku takut. macam-macam aku fikir. kalau bapak kena admit spital, kalau bapak masuk ICU. kalau bapak kena bedah. T_T


macam-macam betul aku ni.


besok pagi-pagi, hantar bapak gi spital besar tawau. memang admit terus. sebab aku yang temankan bapak, doktor tanya aku macam-macam. bapak dulu macamana. masa dia on surgery dulu macamana. recovery macamana. most of the questions answered with; muka blur.


nak temankan bapak, bapak tak bagi. bapak cakap; 'cukupla aku sorang menderita, anak aku tak payah ikut menderita.' dekat 3rd class tu, bapak takmau aku tidur atas kerusi. bapak takmau aku share toilet dengan semua orang kat spital (of course men, as itu wad lelaki) tu mana nak mandi mana nak cuci muka mana nak gosok gigi mana nak melabur kecil besar. mau ambil first class, full.


so tiap pagi, tengahari, petang. destinasi wajib: hospital. second day, buka topik apa. harimau muda kalah dengan syria. kekeke ;)) aku rasa banyak-banyak topik yang aku buka, itu yang bapak paling semangat mau layan.


minggu depan. temankan bapak pegi KL. tak sure IJN or whatsoever, for my father to get his recovery, physiotherapy treatment.. kakak dengan abang ipar yang urus. mereka lebih tahu. at least, than me.

6 comments:

  1. kesiannya bapak epal. benda-benda melibatkan kesihatan ni kalau jadi depan mata memang takut betul. acik hari tu tengok ayah sakit batu karang meraung-raung asik telan liur je sebab taknak nangis depan dia, padahal dalam hati dah banjir dah. T T

    semoga bapak epal cepat sihat, amin.....

    ReplyDelete
  2. at least ada topik bola yg ko buleh buat dia borak dengan semangat.. :)..aku doakan bapak ko cepat sehat yer had..amin..

    ReplyDelete
  3. Insya Allah bapak akan sembuh..tu dia siap ckp boleh sdh main bola tu..mau ganti khairul fahmi jaga gol. hehehe..

    alhamdulillah, kali ni perubahan bapak memberangsangkan. x perlu kena bedah. skng jalan pun x pakai tongkat sdh. :)

    thanks miss labi & stickey note sebab doakan en.abid kami. :)

    ReplyDelete
  4. :: miss labi ::
    kan..kadang-kadang kita kena tunjuk macam kita kuat gila depan diorang. walaupun dalam hati dah ribut taufan.


    :: stickynote ::
    tapi yang frustnya, isu bola tu pula, HM kalah. hahaha.. tapi bapak aku macam aku la, tak blame HM pun. :))


    :: AtieAbid ::
    haha. 'orang yang mau dijaga orang yang nda kuat makan, nda kuat jalan. kuatnya aku makan ni. kuat jalan lagi.' eh? eh? salah dengar ka? sekali mamak sound, 'kuat jalan apa kalau kaki nda bleh gerak tu?' hahaha. alhamdulillah sekarang da getting better. nda mau dibawa p KL punya pasal..haha..




    p/s: TERIMA KASIH YA DOAKAN BAPA EPAL. SEMOGA SEMUANYA BAIK-BAIK SAJA UNTUK BAPA. AMIN...

    ReplyDelete
  5. Semoga bapak epal cepat sembuh. Cuti sekolah ni senang la. Boleh spend masa sebaik2nya dgn bapak. :)

    ReplyDelete
  6. :: nadia.yusof ::
    betul, nad. memang meluangkan masa yang sebaik-baiknya untuk bapak dan mak.. :) thanks, nad!

    ReplyDelete

ada kata-kata? tulis saja, saya baca. :)