Sunday, August 8, 2010

.menunggu esok.


entahla. aku takla rasa stress sangat pun dengan penantian yang belum berakhir ni. semua kawan-kawan tengah sakit hati kot. tengah berdebar-debar menunggu hari besok.


nak tau ada apa besok? besok result daerah posting akan keluar. hehe, berdebar-debar la jugak kot. tapi bila ingat result final exam 21hb July aritu, lebih kurang je debarannya. takde la sangat. dan sebab tak berapa nak berdebar tu, result ai pun biasa-biasa shaje..


3.27, oraite la kot kan? cukup makan. memang begitu jela pun rupa result aku dari diploma, sampai degree, lepas tu sampai la masuk kpli amek diploma balik. harap nak dekan? harap nak cemerlang? em, takyah la kot. da tidur aje tau.


lepas kuar result tu, penantian pulak untuk Semakan Penempatan pada 2hb August. gila gak kot masa tu kawan-kawan semua. baca je status masing-masing kat fesbuk, semua nak terlucut jantung la, hidung kembang kempis la, takleh tidur malam la. semua la kau orang. sekali cek-cek, result keluar apa tau?





syahdu kot baca. sebab memang masing-masing da tau posting negeri masing-masing. harap la kan keluar nama sekolah. haha. perasan. sabah tu saja da berapa daerah. berapa zone. dan apatah lagi berapa sekolah. tak menjawab pertanyaan langsung.


setakat ni, semua aku dengar posting kat negeri masing-masing. tunggu besok je nak tau daerah pulak. untuk unit sekolah rendah, sektor pengurusan sekolah bahagian sabah, besokla keluar resultnya.



ha, da bermacam-macam rupa komen da kat dalam fesbuk tu. haha ;)) tau takut. paling takleh blah, gigih la dorang nak cakap aku dapat beluran. takmau. takmau. takmau. tapi kalau dapat beluran jugak, i redhaaaaa.. huhu.


sementara nak tunggu nama sekolah yang only be revealed on 15th August, aku rasa nak tau nama daerah tu da cukup membantu jugak kot. huhu lagi. gila ramai orang tanya aku, dapat mana. dapat mana. da keluar belum. da keluar belum.


haa..yang tu aku stress. penat dan bosan kot kau jawab soalan tu balik-balik, sedangkan kau sendiri pun taktau lagi jawapan tu apa, dan kau pun sangat curious dan kau pun tengah tabahkan hati menunggu.


ni asal jumpa aku je, tanya aku kena mengajar kat mana. asal tengok nama aku online je, tanya aku posting mana. dapat sms je, pun tanya posting mana. hari ni tanya. kemarin tanya. dua hari lepas tanya. minggu lepas pun tanya.


thanks sebab care. kalau betul care la kan. tapi kalau aku betul da tau aku dapat mana, aku akan bagitau. tulis besar-besar kat fesbuk tu, kau orang semua boleh baca sampai puas. nak google map sekolah tu pun, silakan. tu pun kalau ada termasuk dalam peta la. nama pun pedalaman kan.


-------------------------------------------------

epalejau : ingat-ingat itu remember. jangan lupa itu don't forget. aku benci engkau roy, i hate u. hanya engkau only u. aku benci ko roy! pembotek ni. buta-buta aku hampir menangis kau bilang dapat beluran. sot kau roy.

6 comments:

  1. soalan sakit jiwa, sama level dgn soalan "bila nak kawen?" ..

    ReplyDelete
  2. beluran kat mana pulak..takde line ke? isk isk..
    hrp2 org yg dpt result cemerlang dia anta kat bandar..buleh la update selalu kan? kut2 ada lagi student yang macam shahrul..ehehe..eh, shahrul kan nama dia? lupa pulak..

    ReplyDelete
  3. kenapa ngn beluran..teruk sangat ke dlmnya???

    ReplyDelete
  4. -nadia.yusof-
    haha. soalan yg lagi satu tu lagi mencabar jiwa kot, nad. mau nye tak, kalo result posting tu, tau jugakla bila posting, cuma lambat sikit nak tau katne. hehe. tapi soalan nak kawen bila tu, alamak hai..mmg tak tau bila, apatah lagi kalau tanya kawen dgn sape..haha.

    -miss_labi-
    acik. beluran kat sabah jugak, ade kot line kalo kat pekan.. tapi kalo nama pedalaman dia yang kat fasa 3 tu, huhu mmg harap la kan..eh acik, kalo yang cemerlang saja dapat bandar, means epal out la?sebab epal tak cemerlang. hahaha, sian aku..ya shahrul, aritu ada gakla singgah sekola lpas konvo, bukan main lagi diorang. 'Cikguuuuuuuu..!'


    -stckynote-
    haha, ko pun sama dgn roy bila aku cuak sangat..kecik ati dia, ingatkan dalam kepala aku beluran ni macam flinstone. hahaha..mana de, beluran tu okey jela, cuma aku tekejut masa roy gtau tu. jauh kot dari kampung aku, tapi keningau lagi jauh. muahaha, ada ati nak kawen dengan orang keningau!

    ReplyDelete
  5. orang keningau? kekeke...

    aku plak tepu dengar soklan..."bila abes?" wahhh... sungguh tak menyabar2 dorang nak tengok aku keje kan...

    lebih2 lagi pada hari raya... nak merasa aku hulur duit raya la tu...tskk...

    ReplyDelete
  6. -Cik Agogo-
    eh bukan. bukan. maksud aku org yg belaja sma-sama aku kat keningau..hohooo..

    hahaha! i like ur perception toward their question! diorang harap kau nk hulur duit raya kat dorang kottt, kan?gigih la sangat kau nak hulur. lainlah kalau dorang pun banyak buat kebajikan dalam hidup ko. kalo takat mulut je bising, bazir jek nak hulur duit raya kat diorang. eh eh! jahatnya mulut akuuuu. ko takyah layan kawan ko sorang ni as!

    ReplyDelete

ada kata-kata? tulis saja, saya baca. :)