Thursday, July 22, 2010

.aku bebel. serius.


aku taktau kenapa sejak dua menjak ni aku cepat betul marah. sebab aku da tua ke? aku tak kawin lagi wei, takkan laa aku tua secepat tu. eh ada kena mengena ke marah dengan tua? tak. tak. maksud aku marah tu ada kena mengena sama bebel. dan bebel ada kena mengena sama tua. eh ada ke?




aku geram bila benda-benda kecil pun nak harap kena marah baru nak buat. benda yang kau boleh fikir pakai kepala hotak kau sendiri, tak payah nak tunggu siapa-siapa nak remind kau.

"kalau kau da jatuhkan barang, kutip. kalau kau da tumpahkan air, lap. susah sangat ke? kau nak harap siapa buat benda-benda tu untuk kau? benda kecil macam tu, tak payah nak tunggu kena marah baru nak buat."

seriously aku bukan suka sangat membebel. perasaan kesian aku ni membuak-buak kalau tengah bebel-bebel ni, diorang pulak buat muka seposen. sudahnya, aku pulak yang pujuk diorang.


macam semalam, selamba-selamba dia tak kutip balik pen yang dia da jatuhkan. da nampak pen tu jatuh, tapi dia jalan je buat bodoh. tak pasal aku yang bangun pegi kutip. kau pakai pen aku, kan? dahla pen tu souvenir dari UMSL masa aku praktikal sana dulu.


okey, memang pen saja. tapi so what kalau tu pen saja? da kau jatuhkan, kau kutip. aku marah betul orang macam tu. tu naseb baik aku nampak masa pen tu jatuh. aku nampak, aku kutip. dibuatnya aku tak nampak? besok-besok aku tanya mana pen aku, kau selamba jawab 'tidak tau', tak ke keluar taring aku?


pasal tak kemas katil, aku masih leh abaikan. aku takde pulak rasa nak marah ke tengok selimut dan bantal-bantal dia terpelanting sana sini. sebab memang perangai azali seorang lelaki memang gitu kottt.. tapi hangin aku datang balik kalau tengok tuala dia, baju-baju dia yang nak basuh bukan berada di tempat sepatutnya. menyirap je rasa darah ni. padahal bukan suh dia basuh pun.


aku paling marah kalau dia pakai tuala aku. dia ada tuala laaa..kenapa mau pakai tuala aku? why? why? ai tak suka kongsi tualaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. bukan kedekut, tapi kongsi tuala tu macam takde beza dengan kongsi spender. dia tu da la laki. yerkh.


last tadi dia tumpahkan air. dalam bilik aku, boleh pulak tu dia tak lap. mana kau tak marah. tau-tau tadi baju aku basah bila duduk atas air tu. tengok gelas tu bergelimpangan dekat laptop, macamana kau nak tahan hati? terpaksala kau tadah telinga dapat bebel dari aku.


aku tak suka membebel. sebab aku tau aku pun tak suka kena bebel. tapi haish..perangai memang minta kena bebel. anak buah siapa entah.



--------------------------------------------------------

epalejau : Ya Allah, jadikanlah kami kunci kepada kebaikan dan penutup bagi kejahatan...

13 comments:

  1. hahaha aku pernah bebel kat budak kolej aku..bila aku ckp kan dh kena bebel bukan marah..selamba dia jwb pelan2 "tau dah"..haha

    ReplyDelete
  2. tahap begini kah??

    http://jumiejumie.blogspot.com/2010/07/dear-kak-merr-aku-utusan-malaikat.html

    ReplyDelete
  3. -stickynote-
    tu laaa pasal.kita bebel je, bukan marah..kalo marah pun, tu tanda sayang ape..kan?:)


    -budak telinga capang-
    eh takkkkkkkkkk..tu melampau sangat aih as..anak buah aku ni tak kurang ajar. aku bebel tadi pun, dia diam je..jentik aku pun tak berani, lagi nak buat perangai setan..kan?

    cuma aku tak suka dia terbiasa dengan sikap yang tak bagus..aku nak dia terdidik dengan disiplin..tak kurang ajar pun, kalau pemalas dan pengotor takleh gak, kan?

    ReplyDelete
  4. aduyai..susah cam2..ubatnya satu jer..kasi dy keluar dari uma 2..yakni suh dy g blaja dok asrama..barular dy faham mkna tanggungjawab dan displin..tp ank buah 2 bape umo dy..kocik ag ker..;)

    ReplyDelete
  5. -fazRul-

    hish, fazRul ni..wat saspen jek..ingatkan nak suh halau tadi..huhu..

    dia form 1, means 13 tahun..da reti kot nak paham benda-benda camtu. da lepas UPSR da pun..

    masalahnya, tanak letak dia kat sekolah menengah biasa yang setakat ada kemudahan asrama tu. takut nanti lagi jadi teruk, takde pengawasan dari keluarga..takut jadi mangsa buli, atau takde beza pun takut dia jadi pembuli..kalau nak masukkan ke sekolah berasrama penuh, result UPSR dia tak melayakkan dia masuk.

    ReplyDelete
  6. sabo je le epal.. nasib baik nadia belum ada anak buah. tapi sakan jugak duk membebel kat adik2 yang dalam proses tumbesaran ni. time kita duk marah / bebel ni dia diam je. time mood dah okay, dah gelak2, boleh pulak dia ajuk apa yg kita bebel.. aduih.

    ReplyDelete
  7. hahaha..da macam epal bebel kat laki/husband pulak dah...kui2

    acik pun xsuka share towel wapun dgn adik beradik laki..uew geli siot..daki tah mana2 datang..yucks

    ReplyDelete
  8. tak jugak cikepal..2 semua ats khendak diri dy sndri..cayalar..slalunya biler dah jauh dari family..laki nie akan mula bfikir ckit..dah mula nk bdikari sndri..;)

    tp ader stgh 2 mmg lem ckit..tp lama2 diorang akan mula berubah..sb 2 kenal mula dari awal tp family kenalah pcaya dekat dia..

    ReplyDelete
  9. ehmmm..nurekku tu mmg kadang2 kin panas..aku pun habis jenuh sdh membebel...besok2 buat lagi..pasal tuala tu lagi aku hangin..dah la pakai tuala aku, pas tu leh plak lepas tu longgok ja atas katil..dgn basah2 lagi..ishk2..
    pemalas bah....kin geram..

    ReplyDelete
  10. banyaknya komennnnn..
    muat tak lagi untuk komen aku ni.? =.="

    ReplyDelete
  11. -nadia.yusof-
    betul, tu yg kadang-kadag buat kita kesian nak marah lebih-lebih pun..sebab kalo kita marah, dia diam je..pastu buat muka sedih, macamana tak simpati melimpah-limpah..haishhh..epal takdek adik, kat anak buah yang 12 orang tu jek la kasih sayang ni nk dicurahkan pun..err, sekali dengan bebelan yang mencurah-curah laa..


    -miss labi-
    hahaa, gitu ke bebel laki?;)) tak penah belaki lagi..haha!;)) tapi kalo gitu rupa perangai laki epal, memang gitu la jugak rupa epal bebel dia kott..haha..daki tu satu hal, dari mana daki tu datang tu lagi satu hal..wuaa, tanak bayangkan..


    -fazRul-
    kehendak diri sendiri? disebabkan fikirkan pasal kehendak diri tu la yang kena fikir banyak kali nak masukkan dia dalam asrama..umo macam tu kehendak macam-macam, dan takleh nak yakin dengan kehendak dia tu.


    -AtieAbid-
    pemalasnya la tu yg paling bikin panas..kesian jugak mau kena bebel, tapi kalau tak bebel, selagi tu dia buat..lepas kena bebel, pandai jugak takut sikit..


    -inchEkPelukis-
    mana da banyaaaaaaaak. muat aje kalau ko nak buh dua tiga bijik komen lagi pun.. ;))

    ReplyDelete
  12. kalau bab bebel ni,jane dh lali dh..hari2 kne bebel wlupun dh besar pjg mcm ni..tp bebelen 2 asal dr degil jane sndiri,bkn mcm dlm cite Epal ni..hehe..kalau kumpul2 bebel yg jane kene dr dlu,agaknye dh tebal 5 inci telinge ni..haha

    ReplyDelete
  13. -Jane-
    nakal kan Jane ni? hahaha..ni nak kesian ke kat Jane kalau bebel tu dapat sebab dari degil Jane sendiri?:)

    takpela Jane. tebal-tebal telinga tu pun, diorang bebel sebab sayangkan Jane. betul tak?:)

    ReplyDelete

ada kata-kata? tulis saja, saya baca. :)