Tuesday, May 11, 2010

.define ur love.


mencari lelaki yang sempurna untuk kau, yang terbaik untuk kau, untuk menjadi mr.perfect kau, memang sangatlah susah. malah kalau dikisahkan, it is very wrong. ;) dan ya, sangat membahagiakan kan, bila kau jadi ms.perfect untuk orang yang kau cinta..


but start from there, kau selalu kecewa. kenapa? sebab kau da tetapkan macamana mr.perfect kau should be. sebab kau da define, kau nak mr.perfect kau tu macamana. dan, kau selalu harap dan selalu mahu si dia sama dengan impian mr.perfect kau. yang mana bila si dia tak sama dengan impian mr.perfect kau, kau rasa macam oh loser!




tiada satu orang pun yang sempurna. kau tak sempurna. mereka-mereka tak sempurna. dan orang yang kau cinta tu pun takkan pernah jadi sempurna. tapi insya ALLAH, kesempurnaan itu ada. dengan rasa cinta yang kau ada dengan dia. dengan doa yang kau tadahkan pada ALLAH. dan dari situ, cinta itu akan jadi sempurna. sekurang-kurangnya sempurna pada kau, dan pada dia.


jangan salahkan dia dengan kegagalan hubungan yang kunun kau da bina. kadang tu, hubungan kau gagal, bukan sebab dia bukan yang terbaik untuk kau. tapi sebab kau yang terlalu mengharap kesempurnaan dari dia. you expected too much from him. ALLAH maha mengetahui. tak perlu lah kau nak buat kerja ALLAH. serahkan pada DIA. menanti? ya. menanti. tapi dengan doa. dan usaha. DIA tahu apa yang lebih baik untuk kau. eh, silap. DIA tahu apa yang terbaik untuk kau.


Bila kau rasakan diri kau dalam keindahan cinta, aku tahu benda pertama sekali yang kau nak adalah kau mahu semua orang dalam dunia ni tau yang cinta kau ni cuma milik dia. cinta kau tu cuma ada dia. cuma dia dan takkan mungkin ada yang dapat memisahkan kau dengan dia. dalam keindahan tu, kau cakap 'you are the most wonderful gift from GOD i have ever received.' tapi bila gaduh sikit dengan dia, ataupun sekadar salah faham, kau cakap apa? 'you are the biggest mistake i’ve ever made in my entire life!'


kau sanggup tak menunggu? atau menanti dengan setianya insan yang terbaik untuk kau? atau, sanggup tak kau nak tunggu masa yang mana kau da betul-betul bersedia? it just jika kau rasa kau masih belum bersedia, jangan libatkan diri kau dengan mana-mana relationship. kau takkan jumpa cinta kau pun dalam hubungan tu kalau kau sebenarnya paksa diri kau, atau pun dengan lebih tepat, buat-buat mengaku yang kau sebenarnya da bersedia untuk hubungan tu. take times untuk cuba fahami perasaan kau sendiri. untuk tahu apa yang sebenarnya kau nak dalam hubungan tu. ya, kau betul. tiada hubungan yang sempurna. tapi janganlah ketidaksempurnaan itu datang dari diri kau sendiri.


kalaulah kan. kalau kau rasa kau ni besar sangat a.k.a gemok sangat untuk pakai baju saiz S, then dont even give it a try. sesungguhnya, kau cuma akan merosakkan baju tu. akan mengoyakkan baju yang kau da tahu bukan saiz kau. tak pasal-pasal kau kena bayar baju yang kau da rosakkan tu nanti kan? begitu jugak, kalau kau da rasa da yang hubungan tu takkan pergi ke mana-mana, jangan la kau saja-saja nak menyelami perasaan kau lagi mendalam dengan hubungan tu. dont go deeper into it. kau cuma akan menderita sendiri, dan terpaksa meneruskan hidup dengan penderitaan dari hubungan yang telah kau bina tu.


aku tahu, susah sangat nak say gudbye. tapi, apa yang kau dapat kalau kau terus-terus buat macam bahagia tu? buat-buat macam kau sayang dia macam dia sayangkan kau. let go. lepaskan dia dan cinta dia tu. dan bagi peluang untuk diri kau sendiri untuk live your live to the fullest. just kesiankanla dengan diri kau sendiri tu. bagi dia peluang untuk mencintai orang yang sepatutnya. bagi dia apa yang buat dia betul-betul rasa bahagia tu. percayalah, masa tu kau akan sedar tentang keputusan kau tu. tentang bahawa betapa kau patut buat keputusan tu dari duluuuu lagi.


kau define cinta ni macamana? bila kau betul-betul tak boleh kehilangan dia, dan beranggapan bahawa kehilangannya akan buat kau tak leh nak hidup. buat kau takleh nak bedepan dengan apa-apa pun. kau silap. kau sebenarnya cuma terlalu bergantung dengan dia. kau rasa itu adalah cinta jika kau berikan seluruh hidup kau dengan dia, dengan imagination kalau dia tinggalkan kau, kau takkan jumpa orang lain dah. silap. totally silap. itu bukan cinta. instead of insecurity.


tak kisahla apa pun definition cinta yang kau nak bagi pun. tapi satu yang pasti, cinta bukanlah satu perasaan yang kau boleh beli, yang kau boleh minta-minta gitu jek. kau memang boleh rasa cinta tu. tapi di dalam hati, bukan sentuh dengan tangan. cinta bukan kena cari, tapi dia akan datang mengetuk pintu hati kau tanpa kau pernah sangka perasaan tu akan ada. cinta tu buat kau rasa kau lah orang paling bahagia dalam dunia ni. tapi jangan lupa, dengan cinta tu jugak akan buat kau rasa kau adalah orang yang paling sengsara dalam dunia ni. haha :)



-------------------------------------------------------------------


epalejau : mende ni amek kat blog kawan duuuuuuuuuuuuuuuuulu. blog tobeq. tapi dia tulis bahasa omputeh. i tak pandai speaking-speaking ni. da kena translate ikut kepala sendirik. huk.

9 comments:

  1. "cinta bukan kena cari, tapi dia akan datang mengetuk pintu hati kau tanpa kau pernah sangka perasaan tu akan ada"

    so betul la bila kawan kita nama akihalu tu cakap tunggu jatuh dari langit kan haha..

    ReplyDelete
  2. -stickynote-
    "serahkan pada DIA. menanti? ya. menanti. tapi dengan doa. dan usaha. DIA tahu apa yang lebih baik untuk kau."

    akihalu tu tunggu sampai kiamat tu tak berakhir penantian.

    ReplyDelete
  3. "malas mencari lagi, walau bau-bau cinta tu dah muncul dari dalam diri."

    ReplyDelete
  4. uhh...lemau saya membacanya...wahahaha~~

    ReplyDelete
  5. translate pun translate lah..i tetap sukaaaaaaaaa =)

    betul, betul, betul, dan betul..hehehehe

    i love it especially "dengan doa yang kau tadahkan pada ALLAH. dan dari situ, cinta itu akan jadi sempurna. sekurang-kurangnya sempurna pada kau, dan pada dia."

    ReplyDelete
  6. xda org akan faham sengsara yg kau rasa. mungkin orang akan kata, "aku faham perasaan kau". mungkin..ramai orang akan kata mcm tu. tp bila kau dengar orang ckp mcm tu, apa kau rasa..?? " ko x rasa buleh la kau cakap.."

    ReplyDelete
  7. sesungguhnya detKonon terinsaf... =p

    ReplyDelete
  8. -M. Faiz Syahmi-
    baru nak carik? bukan ke bau-bau cinta kamu itu dah tahu siapa bunganya?


    -ninaneno-
    hehe..terasa sudah ke?


    -miss labi-
    sekurang-kurangnya, tak sempurna di mata orang lain pun tetap sempurna pada diri sendiri sudah lebih dari memadai..kan? tetapi kesempurnaan itu tetap cuma akan datang dari ALLAH. so, jangan lupa kembali dan memohon kepada-Nya. :)


    -AtieAbid-
    ada juga sebenarnya yang faham. malah mereka pernah merasakan lebih dari teruk dari apa yang kau rasa. dan untuk itu, kita kena bersyukur. untuk ada mereka yang paham, dan untuk kita yang sebenarnya tidak seteruk mereka. bukan kah?


    -Det.Konon-
    insaf..terimalah semua ini sebagai taqqqqqdirrrr...

    ReplyDelete

ada kata-kata? tulis saja, saya baca. :)