Wednesday, March 3, 2010

'Baju Kurung Menawan' Contest

Contest lagik? Ngahaha..Makin rajin pulak epal ikut contest..Tapi kali ni betul. Betul epal ikut contest sebab bukan pikir nak menang. Eceh. Ada ke orang masok pertandingan tanpa ada rasa nak menang. Okeh, epal tipu. Nak menang jugak. :) Hadiah dia besh-besh ooOooo..

Contest ni dianjurkan oleh cik weiyda. Contest baju kurung. :)) Baju kurung, okey? Bak kata orang-orang dulu-kala, baju kurung ni makanan cekgu je. Ngahaha..Ari-ari kena pakai baju kurung. Masa belajar uitm dulu kelas pakai baju kurung. Keja dewan pun pakai baju kurung. Apatah lagik kau da jadik cekgu ni, takde hari kau tak pakai baju kurung dalam weekdays tu. Weekdays, ok? Bukan weekend. :)




Siapa-siapa nak join contest cik weiyda ni, boleh la masuk link dia. Contest ni tutup 07 March, 2010 by means ada dua hari saja lagi. Hahaa..Epal suka masuk contest last-last minit kan? Sedangkan exam aku takkan belajo kalau bukan besok baru ada paper. Ngehehe..So, cik weiyda, walaupun penyertaan epal lambat, but stil belum sampai due kan?


.sila klik gambar untuk tumbesaran yang lebih sihat.


Taklah. Senang cakaplah, epal masuk contest ni sebenarnya nak share something about my baju kurung. Epal tahu, baju kurung epal ni nampak simple sangat. Nampak biasa sangat. Takde nak sulam sana sini. Takde potongan-potongan ikut body. Tapi baju ni lah satu-satunya baju kurung yang paling paling paling dan paling epal sayang. Pembetulan. Bukan baju epal, tapi baju akak epal yang bila adik kesayangan dia ni mintak, dia terpaksa redha. :)

My lucky baju kurung. Baju ni lah epal pakai masa epal pergi interview dewan, and i got that job. Baju ni lah epal pakai masa epal kena hantar attachment kat HQ. Baju ni lah epal pakai masa nak ambil MTest. Baju kurung ni lah epal pakai masa epal intibiu KPLI, dan sekali lagi epal dapat. Baju ni lah epal pakai masa epal register masuk IP. Baju ni lah yang epal pakai masa epal buat microteaching. Baju ni lah epal pakai masa epal pakai masa first day mengajar kat sekolah. Baju kurung yang mungkin orang cakap sangat simple ini. Now you can imagine how i love this baju kurung.


Ok, shadap epal. Sekarang epal nak jawab soalan wajib contest ni.

1. Da letak banner kat side bar.

2. Da follow blog weiyda, senang sikit nak tau update pasal contest ni.

3. Picture with baju kurung, siap dengan description lagik. Ngahahaha..

4. Entry bout the contest. Inilah entry nya. Bukankah?

5. "Epal nak masuk contest ini kerana epal nak bagi tahu semua orang yang epal sayaaaaaaang baju kurung ni, dan warna yang saya suka ialah hijau." Haha..ada kena mengena ke? Doesnt mean i cant like this pink baju kurung, ok?

6. Epal jumpa contest ni kat blog Fareast. :) ni link blog die http://fareastlurve.blogspot.com/2010/02/sedang-wa-dok-jalan2-mlm-td.html. --- Epal memang tiap-tiap ari masuk blog die, nak tengok lion tu.

7. Ok, siap! Lepas ni jugak epal tinggal komen dan jejak. wokey?:)


------------------------------------------------------------------


epalejau : rindu pulak sama sis atie. muahmuah.

16 comments:

  1. NOTED..!!

    hmmm...baju itu ada meaning yer..

    interesting...!!

    gud luck..

    ajak lar boy atas tu join..


    baju melayu okay..!!

    sayunk....dateline nye pada 07hb bukan 05hb...harapmaklum

    ReplyDelete
  2. lawa laa bila pompuan pakai baju kurung,

    ReplyDelete
  3. ah kau..baju kurung aku, jadi hal milik ko sdh kan..x pernah sdh aku pakai tu baju sejak ianya menjadi hak milikmu..
    tp xpalah sebab baju kurung tu mmg bertuah untuk ko kan...manatau 1 hari nti bila aku pkai baju kurung tu pegi interview, aku dapat keja jugak..kan kan kan..dapat jugak badi..hahaa..

    ReplyDelete
  4. oh ya...miss u too mucuk...muah muah!!

    ReplyDelete
  5. ko ada lupa mau bgtau satu benda dalam entry nie kan..
    dgn tudung tu sekali ko rembat..
    my lovely tudung..
    waaaaaa!!!!!

    ReplyDelete
  6. -ARC™-
    buleh aje, ARC..dialu-alukan. tapi make sure pakai baju melayu..jangan pakai baju kurung pulak ye..kehkehkeh..


    -HOn3YB33-
    eh alamak. yeke 07hb..sory weiyda. silap.silap..okeh, nnt epal tuka..huhu..


    -Akif Mazlan-
    Ngehehee..Epal tak pakai baju kurung pun tetap lawa. :)) --- perasan.


    -AtieAbid-
    Hahahaa..Syh..Jangan ko emo-emo sini..Anggap jak la baju tu sebgai baju ku sudah ya? Sebab baju tu nda kan pulang suda sama ko. Oh haa..Nanti kalau mau intibiu apa-apa, aku pinjamkan ko baju tu, sekali dengan tudung dia. Ok? Pinjam sahaja. --- Bukan badi laaaa..Tapi luck!:)


    -miss labi-
    ya, acik. sangat bertuah..hehehe..nanti ingat kalau nak gi jmpa bakal mak mentua pun, kena pakai baju ni jugak la..ok tak? hehe..


    -b.r.u.t.a.l.so.l.o-
    errr..kalau epal cakap tanak, macam keji sangat. tapi tak sanggup la nak tengok laki pakai baju kurung..hehehe..

    ReplyDelete
  7. oho..PINJAM aa..?? ok..aku pinjam la dr ko nti aa..

    ReplyDelete
  8. wei masukkan la jgk gbr aku bebaju kurung lam lebri bernama time aku tengah kusyuk bace buku tu wahahahahha! ;p

    ReplyDelete
  9. -ARC™-
    buleh aje..nak join sungguh ke? nghehehe..


    -AtieAbid-
    ya...pinjam sahaja..kakakaka..nnt kalo ada intibiu apa-apa, gtau jak aa..


    -setan-
    apa jadah aku nak masukkan gambar ko dalam contest aku? baek aku masukkan gambar aku pakai baju kurung lam lebri bernama tu..laaaaaaaagi kusyuk. hahahahahaha!

    ReplyDelete
  10. -b.r.u.t.a.l.s.o.l.o-
    baju pagoda membuatkan anda seksi, ok?:)) --- tapi contest ni takleh pakai pagoda..hehehe..

    ReplyDelete
  11. UNTUK PERHATIAN SEMUA YANG MENYERTAI CONTEST BAJU KURUNG MENAWAN...

    contest ini telah ditutup penyertaanya..
    semua peserta adalah seramai 52 orang..
    dan ianya akan dipilih sehingga mendapat top 10...
    nantikan to 10 iaitu 3 hari dari sekarang...
    sekiranya anda terpilih sebagai top 10...
    pastikan anda membuat sesuatu untuk menraih undi daripada blogger lain kerana 30% undi berada di tangan blogger...

    itu sajork...

    anda tidak akan diberitahu samaada anda adalah top 10 atau pemenang...so rerajin ler..mengklik kat blog honeybee...sekiranya masa sudah tutup tetapi anda tidak menghubungi honeybee maka akan ada backup winner disitu...harap maklum...

    last..thanks coz join this contest..gud luck..!!

    ReplyDelete

ada kata-kata? tulis saja, saya baca. :)