Wednesday, December 2, 2009

depend on u..

dia cakap aku cantik. dia sorang saja yang pernah cakap aku cantik.
walaupun semua mereka cakap aku ni rupa asal ada.
dan dia bukan mengeluh, tapi pernah terfikir kenapalah dia bukan lelaki.
kerana aku perempuan..

dia cakap tak tahu lah nanti..
kalau berpisah, siapa mahu tolong dia apa-apa.
terpaksa buat semua sendirian saja.

dia cakap dia sayang aku tau.
dia pernah cakap, aku saja yang dapat buat dia nangis.
selepas family dia.
sekali dia menangis, dia tak tahu aku juga menangis di sebelah sana.

jalan gi mana-mana, dia akan pastikan aku paling sempurna.
lagi-lagi kalau dia tahu aku mahu pergi jumpa bf a.k.a dating, paling panjang la leter dia nak pastikan aku tampil istimewa.
pesanan dia: never never never wear tudung hitam. tak kiralah tudung tu ada batu ke, diamond ke, permata ke, tembaga ke. jangan! dia tak suka. katanya takmau nanti aku tak cantik.

siapa percaya, bila satu ketika..
dapat tahu dia melepaskan kebahagiannya,
hanya kerana dia merasa aku lebih memerlukannya.
ah..

bila satu-satu masa aku nangis, tak kira pasal apa..
dia lah yang akan setia melayan dan tenangkan jiwa.
dia dengar dan kadang-kadang dia tak cakap apa.
sekadar melayan sahabat yang sedang meluah rasa.


ok, untuk situasi ini, anggap saja yang sedang menangis-nangis sepenuh jiwa itulah epal. :)

sangat rindukan dia. sangat sangat sangat.

suatu-suatu ketika, sangat terasa kehilangannya.

------------------------------------------------------------------------------

epalejau : broadband ni da bayar bil pun tapi tetap lembab. betul-betul buat menambah sakit hati. nasib saja facebook & blogger ni boleh buka. lain-lain semua ntah apa-apa.

No comments:

Post a Comment

ada kata-kata? tulis saja, saya baca. :)